Home Hiburan VMAs 2026: LISA BLACKPINK MENANG LAGU POP TERBAIK

VMAs 2026: LISA BLACKPINK MENANG LAGU POP TERBAIK

LOS ANGELES: Penyanyi popular Korea Selatan, Lisa, mengungguli kategori Lagu Pop Terbaik pada Anugerah Video Muzik MTV (VMAs) 2026 menerusi lagu solo, Dream, yang dimuatkan dalam album, Alter Ego.

Memetik laporan Agensi menerusi Berita Harian, Lisa dilihat sebak sebaik namanya diumumkan penyampai anugerah, Teyana Taylor, pada acara di Peacock Theater, di sini.

“Sawatdee kha, semua. Terima kasih MTV atas anugerah yang sangat bermakna ini,” katanya ketika memulakan ucapan dalam bahasa Thailand, sebelum menzahirkan penghargaan kepada semua yang terbabit dalam penghasilan lagu berkenaan.

Lisa mengucapkan terima kasih atas inspirasi yang diberikan kepada semua pihak dalam perjalanan seninya, lapor The Korea Herald.

Lisa turut merakamkan penghargaan kepada kelab peminat yang dikenali sebagai Lilies, yang disifatkan sebagai antara sumber kekuatannya dalam perjalanan kerjaya solo.

“Terima kasih kepada Lilies. Saya tidak akan berada di sini tanpa anda semua. Terima kasih atas kasih sayang dan sokongan yang diberikan,” katanya.

Pada VMAs 2026, Lisa mencatat pencalonan terbanyak dalam kalangan artis K-pop apabila turut bersaing dalam tiga kategori lain menerusi Dream.

Lagu berkenaan turut dicalonkan bagi kategori Sinematografi Terbaik, Suntingan Terbaik dan K-pop Terbaik.

Tidak lama selepas menerima trofi berkenaan, anggota kumpulan BLACKPINK itu turut membuat persembahan secara langsung lagu Sawadika, iaitu lagu prapelancaran daripada EP terbaharunya, Press Play.

EP berkenaan dijadual dilancarkan pada 23 Oktober ini.

Persembahan Lisa turut melengkapkan barisan artis yang membuat persembahan pada MTV VMAs 2026, antaranya Madonna, Shaboozey, Gunna dan Raye. – AGENSI, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here