Home Ulasan Wartawan UNIFORM KETAT – JURURAWAT

UNIFORM KETAT – JURURAWAT

225
0

Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan I Medikel TV

Isu berkaitan pemakaian bukan baharu di Malaysia, jika dahulu isu pemakaian pramugari, terkini pemakaian jururawat dipersoal disebabkan uniform terlalu ketat dan tidak patuh syariah.

Dimaklumkan oleh Presiden Kesatuan Jururawat Malaya Nor Hayati Abd Rashid bahawa pakaian seragam mereka direka untuk memudahkan kerja.

Peraturan untuk pakaian seragam jururawat adalah ia tidak boleh terlalu ketat dan labuh malah baju mestilah melebihi paras punggung.

Menjadi kegusaran seluruh negara terhadap masa depan dan kemampuan sistem penjagaan kesihatan kini timbul isu kod pakaian jururawat oleh seorang ahli perlimen baru-baru ini.

Wartawan Imedikel TV bertanyakan pendapat orang ramai berkaitan isu tersebut.

Nazran Azman, 26, dari Bachok, berkata semua jururawat di sektor awam mematuhi etika pemakaian penjawat awam.

“Dalam penjagaan kesihatan, semua orang perlu cepat bergerak dan ada kalanya mesti bersedia untuk memecut demi menyelamatkan nyawa.

“Jadi soal pakaian ketat itu sebenarnya lebih kepada individu itu sendiri yang mana menjadi tugas jururawat itu perlu sedar sekiranya uniform itu dirasa sudah ketat perlu la untuk menempah yang baharu,” katanya.

Azimah Min, 53, berkata isu pemakaian jururawat ini tidak patut dipertikaikan kerana sudah tentu ia telah mengikut garis panduan yang betul.

“Rekaan pakaian tersebut juga sudah tentu memudahkan pergerakan jururawat ketika melaksanakan tugas yang sentiasa memerlukan pergerakan fizikal dan jika ada yang berpakaian ketat pun itu lebih kepada individu bukan menggambarkan keseluruhan jururawat dalam perkhidmatan awam,” katanya.

Seorang lagi, Suzarini Yusof, 25, berpendapat bahawa seragam jururawat memang terlihat agak ketat dan sepatutnya dilonggarkan supaya lebih sopan.

“Berdasarkan pengalaman saya ketika menjaga suami saya di hospital, saya perasan bahawa seorang jururawat perempuan yang merawat pesakit lelaki dengan pakaiannya yang ketat menampakkan bentuk badan dan boleh menimbulkan isu lain dalam wad itu.

“Jadi saya rasa memang patut apabila isu ini dibangkitkan demi menjaga imej jururawat daripada dipandang serong oleh orang ramai,” katanya.


Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here