Home Buletin Semasa “TAK SEMPAT CAKAP JANGAN NAIK” – ANAK MANGSA PARAMOTOR

“TAK SEMPAT CAKAP JANGAN NAIK” – ANAK MANGSA PARAMOTOR

201
0
Gambar Hiasan


Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan I Medikel TV

SERIBONG: “Saya tak sempat nak beritahu abah, jangan naik,” kata Muhammad Saiful Mustaffa, 30, anak keenam mangsa penumpang paramotor di Pantai Irama, Bachok, petang semalam.

Kata Saiful, dia sudah tidak sedap hati apabila arwah bapanya memberitahunya “abah nak ganti Saiful.”

“Ini kali kedua abah naik paramotor. Apabila abah cakap yang dia nak ganti saya, saya dah agak abah akan terbang.

Muhammad Saiful Mustaffa, 30, anak keenam mangsa penumpang paramotor.

“Pada mulanya saya tengok whatsapp keluarga. Saya terus call abah, lepas tu abah terus letak telefon. Saya menyuruh isteri saya call abah sampai dapat sebab tak nak abah naik,” katanya ketika ditemui pemberita, di Kampung Seribong, di sini, hari ini.

Katanya dalam tempoh lebih kurang 15 minit selepas membuat panggilan kepada abahnya, dia menerima panggilan daripada kakaknya, Normala, 35, memberitahu abah sudah tiada.

Menurutnya ketika kejadian itu, dia berada di Kijal, Terengganu dan bertolak pulang kira-kira jam 9 malam semalam.

Katanya kali terakhir dia berjumpa arwah ayahnya, Mustaffa Isa, 60, bulan lalu.

Isteri arwah, Rosnah Hassan, 58, masih dalam keadaan trauma.

Sementara itu, isteri arwah, Rosnah Hassan, 58, masih dalam keadaan trauma dengan kehilangan suaminya.

“Tiada yang pelik cuma dia beritahu nak naik paramotor tu sebanyak dua kali.

“Dia tak ada penyakit. Dia kelihatan teruja apabila cakap nak naik tu. Kalau ikut, ni kali kedua dia naik paramotor,” katanya.

Arwah Mustafa dikebumikan kira-kira jam 11 pagi di Tanah Perkuburan Islam Seribong.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here