SHAH ALAM:Ulama harus berani menegur kerajaan dengan ikhlas demi mengangkat martabat umat dan negara, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata, kerajaan sedia mendengar teguran itu selagi ia dibuat dengan baik, bukan untuk mencerca, memfitnah dan menghukum.
“Ini tiada perbezaan pendapat, ulama boleh tegur dengan baik, menghormati dan mendampingi supaya dapat diperbaiki dan itu ditekankan oleh ulama, bukan untuk mencerca, memfitnah dan menghukum.

“Apabila pimpinan (kerajaan) pula mendengar ulama bercakap dengan ikhlas, berani menegur dengan baik dan (kita sedia) terima dengan baik teguran itu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Muzakarah Ulama-Umara sempena Festival Turath Islami Selangor hari ini.
Sumber BH Online
Imedikel TV






