Home Sukan UCL LEBIH PENTING BUAT AMORIM BERBANDING TROFI

UCL LEBIH PENTING BUAT AMORIM BERBANDING TROFI

309
0

MANCHESTER: Pengurus Manchester United, Ruben Amorim, percaya bahawa kembali ke Liga Juara-Juara (UCL) adalah lebih penting berbanding memenangi trofi pertama bersama The Red Devils apabila mereka berdepan Tottenham dalam perlawanan akhir Liga Europa.

Memetik laporan AFP menerusi Harian Metro, kemenangan di Bilbao pada 21 Mei ini akan menjadi talian hayat buat salah satu daripada dua gergasi England yang sedang bergelut, dengan memberikan laluan terus ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara musim depan.

Ketika ini, Manchester United dan Tottenham berada di kedudukan bawah liga, hanya beberapa anak tangga di atas zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris (EPL). Pasukan yang tewas bakal terlepas peluang beraksi dalam sebarang kejohanan Eropah musim depan.

Kemasukan ke kejohanan elit Eropah itu dianggarkan bernilai sekurang-kurangnya £70 juta (RM399.19 juta) kepada United dan akan memberi ruang kepada Amorim untuk membina semula skuadnya.

“Bagi saya, UCL lebih penting. Untuk segala-galanya, termasuk persiapan musim depan.

“Kami sepatutnya berada dalam UCL. Liga Europa di sini tidak mencukupi dan perasaan itu perlu wujud di kelab ini.

“Cara terbaik untuk membantu kami kembali ke tahap tertinggi dalam beberapa tahun akan datang ialah melalui UCL. Bukan sekadar gelaran, bukan sekadar trofi.

“Perkara paling penting ialah bagaimana kejayaan meraih trofi ini boleh mempercepatkan kebangkitan kami,” kata Amorim.

Perjalanan dramatik ke perlawanan akhir ini sedikit sebanyak menyelamatkan permulaan suram Amorim sejak mengambil alih jawatan di Old Trafford.

Sejak dilantik pada November, jurulatih dari Portugal itu hanya mencatat enam kemenangan daripada 25 perlawanan Liga Perdana (EPL).

Malah, Amorim beberapa kali mengkritik pasukannya secara terbuka, termasuk pernah melabelkan skuad kendaliannya sebagai yang terburuk dalam sejarah kelab itu. -AFP, HMetro Online- 

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here