Home Buletin Semasa UC TATI BAWA PELAJAR TEMBUS SEMPADAN PENDIDIKAN GLOBAL 

UC TATI BAWA PELAJAR TEMBUS SEMPADAN PENDIDIKAN GLOBAL 

Oleh: Wartawan IMedikel TV

TERENGGANU: Landskap pendidikan yang semakin berorientasikan tanpa sempadan merentasi benua menuntut institusi pengajian tinggi(IPT) tempatan untuk mengambil peluang ini bagi memastikan setiap graduan yang dilahirkan itu mampu bersaing dalam pasaran kerja global yang menjadi dimensi baru sektor industri ketika ini.

Menyedari keperluan itu, Kolej Universiti TATI (UC TATI) yang berpangkalan di Kemaman, Terengganu memulakan langkah pertama untuk menghantar pelajar-pelajarnya tanah besar China bagi pengajian bidang kejuruteraan sains komputer dan pengurusan perniagaan yang dilihat mempunyai potensi besar mengikut kehendak semasa pemain-pemain industri antarabangsa.

Mengulas lanjut oleh Timbalan Rektor Akademik & Pengantarabangsaan UC TATI, Dr. Mohd Najib Muhamed menekankan hala tuju pendidikan tinggi masa kini bagi jalinan kerjasama strategik dengan pemegang taruh antarabangsa adalah realistik untuk tempoh jangka masa panjang bagi memastikan graduan yang dihasilkan itu adalah kekal relevan mengikut keperluan semasa.

“Kita perlu keluar dari zon selesa sama ada sebagai pemegang taruh dalam sektor pendidikan tinggi mahupun bagi pelajar itu sendiri untuk masa depan masing-masing dalam keperluan industri global masa kini. Masing-masing hadir dengan tanggungjawab besar untuk membina generasi baru yang akan memacu ekonomi mahupun kemajuan untuk tanah air kita ini.

“Kita tidak boleh nafikan yang China sememangnya kuasa besar dunia yang mendahului banyak sektor industri termasuk bidang teknologi yang secara tidak langsung menjadi asas dalam kehidupan seharian masa kini. Sebalik ledakan industri teknologi ini juga secara asasnya adalah satu urusniaga perniagaan di peringkat global yang menjadi tambah nilai untuk melahirkan graduan berkaitan yang berkualiti,” ujar beliau.

Tambahnya, Yayasan Terengganu (YT) juga memain peranan besar dalam dimensi baru pendidikan global bagi pelajar-pelajar UC TATI khususnya anak-anak Terengganu bagi memberi peluang sama rata untuk mereka melangkah ke peringkat pengajian tinggi dalam persekitaran antarabangsa.

Untuk kelompok pertama ke China ini, seramai sembilan pelajar telah ditempatkan Guangzhou Huashang Vocational College (GHVC) di mana setiap pelajar ini perlu bermula dengan pengajian bahasa Mandarin bagi menduduki peperiksaan Hanyu Shuiping Kaoshi (HSK) sebelum meneruskan pengajian khusus peringkat ijazah dalam bidang masing-masing. 

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here