Home Sukan TZE YONG SINGKIRKAN BEKAS JUARA DUNIA

TZE YONG SINGKIRKAN BEKAS JUARA DUNIA

143
0

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong berjaya menyingkirkan bekas juara dunia dari Singapura, Loh Kean Yew selepas menyingkirkan lawan itu di pusingan pertama Terbuka Jepun, hari ini.

Tze Yong menempah tiket ke pusingan kedua selepas melakar kemenangan straight set 21-16, 21-17 ke atas Kean Yew pada aksi yang berlangsung di Gimnasium Yoyogi di Tokyo.

Dia akan bertemu pemenang perlawanan antara pemain Jepun, Kento Momota dengan rakan senegaranya, Koki Watanabe bagi perebutan tiket ke suku akhir, esok.

Minggu lalu, Tze Yong tewas di tangan Kean Yew ketika aksi suku akhir Terbuka Korea.

Ini adalah kemenangan kedua pemain ranking ke-21 dunia itu ke atas Kean Yew yang berasal dari Pulau Pinang selepas turut mengatasinya pada aksi suku akhir Sukan Komanwel Birmingham tahun lalu. – BH Online –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here