Home Buletin Semasa TRELER BAWA MUATAN KELAPA SAWIT TERBALIK

TRELER BAWA MUATAN KELAPA SAWIT TERBALIK

147
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

GUA MUSANG: Sebuah treler membawa muatan kelapa sawit dilaporkan terbalik dalam kemalangan di Kilometer (KM) 47 Jalan Gua Musang–Jeli, kira-kira jam 2.40 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, kemalangan itu membabitkan seorang lelaki berusia 40 tahun yang juga pemandu treler berkenaan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati treler terbabit mengalami masalah brek sebelum mengundur, lalu terbalik dan melintang di tengah jalan sehingga menghalang laluan.

“Ketika kerja mengalihkan treler dijalankan, pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan laluan alternatif Jalan Sungai Sam dari arah Jeli dan Jalan Bertam bagi perjalanan ke Gua Musang,” katanya.

Beliau berkata, bagaimanapun pemandu treler itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here