Home Sukan TORRES HADIAH GOL KEPADA GAVI

TORRES HADIAH GOL KEPADA GAVI

219
0
Spain's midfielder #11 Ferran Torres holds the jersey of teammate Spain's midfielder #09 Gavi as he celebrates scoring his team's second goal during the UEFA Euro 2024 group A qualifying football match between Spain and Georgia at the Jose Zorrilla stadium in Valladolid on November 19, 2023. (Photo by CESAR MANSO / AFP)

VALLADOLID: Penyerang Sepanyol, Ferran Torres menghadiahkan jaringannya ke atas Georgia kepada rakan sepasukan Barcelona, Gavi yang cedera dalam aksi kelayakan Kumpulan A Euro 2024.

Gavi cedera di bahagian lutut pada babak pertama aksi di Valladolid dan terpaksa dikeluarkan pada minit ke-26. Dia digantikan oleh Oihan Sancet.

Memetik laporan AGENSI berita harian,Baru berusia 19 tahun, tetapi Gavi sudah bermain lebih 100 perlawanan untuk Barcelona dan mewakili Sepanyol sebanyak 26 kali.

Sepanyol sudah melayakkan diri ke Euro 2024, dan Gavi yang turut beraksi 90 minit ketika kemenangan 3-1 ke atas Cyprus pada Khamis lalu, sepatutnya boleh direhatkan oleh barisan kejurulatihan.

Situasi sama dilalui rakan sepasukan Barca, Pedri, yang menjadi pemain tetap negaranya di bawah kendalian Luis de la Fuente walaupun mengharungi banyak perlawanan untuk kelab Catalan itu.

Sepanyol mendahului permainan menerusi Robin Le Normand, tetapi Khvicha Kvaratskhelia menyamakan kedudukan buat pelawat selepas 10 minit.

Torres kembali meletakkan La Roja di depan pada minit ke-55 dan bekas penyerang Manchester City itu meraikannya dengan memegang jersi Gavi, sekali gus mengesahkan yang pemain muda itu mengalami kecederaan serius.

Sepanyol mendapat gol ketiga hasil jaringan sendiri Luka Lochoshvili pada minit ke-72 untuk kemenangan 3-1.

Pemain muda sepanyol, Gavi cedera di bahagian lutut ketika aksi kelayakan Kumpulan A Euro 2024 menentang Georgia di di Stadium Jose Zorilla, Valladolid, Sepanyol. – Foto AFP

Gavi akan menjalani pemeriksaan lanjut hari ini bagi mengesahkan tahap kecederaannya. – AGENSI-BH ONLINE-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here