Oleh: Alini Nadhirah Ismail, Wartawan ImedikelTV
JELAWAT: Kemudi Timur Eletronik SDN BHD membuka cawangan ke 20 di Bandar Jelawat Baru, di sini, hari ini.
Shabki Abdullah, Pengarah Urusan Kemudi Timur berkata, Kemudi Timur Eletronik SDN BHD hanya mempunyai cawangan di Kelantan sahaja dan barangan eletronik di jual di sini adalah barangan yang diambil terus dari kilang.
Katanya, Sempena meraikan pembukaan cawangan yang ke-20 Kemudi Timur, syarikat eletronik itu menawarkan promosi sebanyak 50 peratus kepada pelanggan yang datang pada hari ini.
“Hari ini banyak yang kita tawarkan, kami jalankan ‘happy hour’ contohnya aircond yang berharga RM1300 lebih tapi sekarang kita buat ‘happy hour’ dalam beberapa brand dia limited dalam unit macam 10 unit satu brand dengan harga RM699 sahaja”
“Kita harap dengan adanya kemudi timur hari ini berharap ada pertumbuhan ekonomi di bachok dengan baik dengan adanya kedai kami orang ramai terutama daerah ini dapat berbelanja barangan eletronik tanpa perlu ke bandar,” katanya ketika ditemui pemberita semasa majlis pembukaan Kemudi Timur di sini, hari ini.
Kemudi Timur adalah syarikat jualan dan pusat membaiki barangan eletrik yang terbesar di Pantai Timur milik 100% bumiputera.
Mempunyai 20 cawangan di Kelantan, Kemudi Timur sudah berpasak di bumi Che Siti Wan Kembang sejak tahun 1995 sehingga kini.
Shabki berharap penduduk setempat sentiasa menyokong dan membeli barangan yang dijual disini serta sentiasa memberi sokongan penuh kepada syarikat yang diusahakan oleh bumiputera.






