Home Ulasan Wartawan KURANGKAN PAKAI KASUT TUMIT TINGGI ELAK KESAN BURUK PADA KESIHATAN

KURANGKAN PAKAI KASUT TUMIT TINGGI ELAK KESAN BURUK PADA KESIHATAN

235
0

Oleh: Alini Nadhirah Ismail, Wartawan ImedikelTV

Kebanyakkan wanita memilih untuk memakai kasut tumit tinggi untuk kelihatan cantik dan “elegent” serta ada yang memakainya untuk menambah keyakinan diri.

Malah ada sesetengah individu sanggup berbelanja besar hanya untuk membeli kasut berjenama walaupun harus menahan kesakitan pada kaki dengan senyuman.

Akan tetapi tahukah anda memakai kasut tumit tinggi dengan kerap boleh mendatangakan kesan buruk kepada kesihatan pada tulang anda?

Selalu memakai kasut tumit tinggi secara tidak langsung akan mengubah postur badan individu tersebut.

Semasa berdiri atau berjalan, bahagian dada akan ditolak ke hadapan manakala bahagian pinggul akan ke belakang ini menyebabkan postur badan akan melengkung dan mengubah cara anda berjalan.

Seterusnya, memakai “heels” juga akan menyebabkan anda akan mengimbangkan postur badan menegak semasa berjalan, maka ia akan memberi kesan buruk kepada tulang belakang menyebabkan ia menjadi lebih membengkok menyebabkan terjadinya lumbar lordosis yang melampau.

Tambahan pula, kerap memakai kasut tumit tinggiboleh mendatangkan sakit pada lutut. Tekanan dari kasut itu sedikit sebanyak akan memberi kesan kepad inividu tersebut kerana mereka perlu menahan imbangan badan dan kaki. Sesetengah orang juga akan mengalami osteoarthritis iaitu radang sendi lutut apabila selalu memakai “heels”.

Jangan kerana terlalu ikut pada trend dan madah kata “beauty is pain” kita sanggup merisikokan kesihatan kita.

Ingin memakai kasut dengan tumit tinggi ataupun tidak itu adalah keputusan setiap individu. Namun lebih baik utamakan keselamatan dan kesihatan anda berbanding mengejar fesyen atau trend terkini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here