Home Segmen Kesihatan TONIK ATAU SERUM RAMBUT? KETAHUI PERBEZAANNYA SEBELUM PILIH PRODUK SESUAI

TONIK ATAU SERUM RAMBUT? KETAHUI PERBEZAANNYA SEBELUM PILIH PRODUK SESUAI

466
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Dalam era gaya hidup moden dan kepedulian tinggi terhadap penampilan, pencarian produk rambut terbaik kini menjadi trend termasuk serum rambut dan tonik rambut yang dilaporkan sebagai antara carian paling popular di Google ketika ini.

Menurut portal hellodoktor, masalah rambut seperti keguguran, kebotakan, kelemumur, dan rambut rosak kini dianggap sebagai sebahagian daripada isu kesihatan tubuh badan yang umum dialami semua peringkat umur.

Dulu, masalah ini lazimnya dirawat secara tradisional seperti penggunaan lidah buaya dan minyak kelapa. Namun kini, pelbagai produk moden telah diperkenalkan termasuk hair serum dan tonik yang menawarkan rawatan lebih spesifik.

Tonik Rambut: Rawat dari akar

Hair tonik adalah produk rawatan khusus untuk merawat masalah kulit kepala seperti keguguran rambut atau kulit kepala kering. Ia biasanya disapu terus ke kulit kepala dan digunakan secara rutin sekurang-kurangnya sekali sehari.

Antara manfaat utama tonik termasuk:

  • Menggalakkan pertumbuhan rambut baharu
  • Mengurangkan rambut gugur
  • Melancarkan peredaran darah di kulit kepala
  • Melembapkan kulit kepala kering
  • Mengurangkan kelemumur

    Pengguna disarankan memilih produk yang berdaftar dan diperakui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memastikan keselamatan dan keberkesanan rawatan.

    Serum Rambut: Lindung dan gayakan rambut

    Hair serum pula berfungsi sebagai perlindungan luaran dan agen penggayaan yang menjadikan rambut lebih licin, berkilat dan mudah diurus. Ia sering digunakan selepas mandi, ketika rambut masih basah atau sebelum menggayakan rambut.

Antara fungsi serum:

  • Mengurangkan kusut dan kerosakan
  • Menjadikan rambut lebih lembut dan bersinar
  • Menghilangkan bau rambut yang kurang menyenangkan

    Serum boleh dianggap seperti krim atau minyak penggayaan, namun dengan tekstur lebih ringan dan cepat meresap.

Mana satu lebih penting?

Hakikatnya, kedua-dua produk ini mempunyai fungsi yang berbeza dan saling melengkapi. Hair tonik lebih sesuai untuk rawatan dalaman akar rambut, manakala serum digunakan untuk penjagaan luaran dan penampilan rambut.

Pengguna perlu memahami keperluan rambut masing-masing sebelum memilih produk. Individu dengan masalah rambut gugur digalakkan mencuba tonik, manakala mereka yang mahu rambut tampak lebih terurus boleh gunakan serum.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here