Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
KOTA BHARU: Tenaga Nasional Berhad (TNB) melakukan persediaan menghadapi banjir dengan mengaktifkan pasukan teknikal bagi memastikan bekalan elektrik dapat dikawal dengan selamat selain menjaga keselamatan masyarakat.
Ia susulan ramalan yang dikeluarkan oleh Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) berkenaan dua negeri yang bakal dilanda banjir termasuk Kelantan dan Terengganu bermula semalam.
“TNB sentiasa mengutamakan keselamatan pengguna dan akan bekerjasama rapat dengan agensi berkaitan untuk memantau keadaan serta mengambil tindakan sewajarnya.
“Sekiranya banjir berlaku, bekalan elektrik di kawasan yang terjejas mungkin akan diputuskan sementara bagi memastikan keselamatan penduduk,” menurut kenyataan, pada Sabtu.
TNB menggesa orang ramai agar tidak berada di kawasan tenggelam air dan sentiasa berwaspada dengan peralatan elektrik.
Menurut kenyataan sekiranya mangsa baniir perlu dipindahkan, mereka dinasihatkan agar mematuhi arahan pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan terjamin.
“Sekiranya berlaku apa-apa masalah, orang diminta untuk segera membuat aduan dengan menghubungi TNB Careline di 15454; Private Message (PM) di Facebook TNB Careline; Direct Message (DM) ke X @Tenaga_Nasional; atau e-mel ke tnbcareline@tnb.com.my,” katanya.
IMedikel TV






