Home Buletin Semasa TINGKATKAN ETIKA DAN SEMANGAT KESUKANAN, KESELAMATAN MURID PERLU SENTIASA JADI KEUTAMAAN

TINGKATKAN ETIKA DAN SEMANGAT KESUKANAN, KESELAMATAN MURID PERLU SENTIASA JADI KEUTAMAAN

Oleh: Muhammad Fatkhurrozak Sokhipul Hadi

KOTA MASAI: Sukan dan pendidikan pastinya mempunyai kesinambungan yang besar dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan pelajar yang holistik.

Ia sekaligus dapat memperkembangkan lagi potensi dan bakat murid-murid serta mewujudkan lebih ramai lagi atlet-atlet yang berdaya saing dan mampu membanggakan nama negara di peringkat lebih tinggi.

Walau bagaimanapun, keselamatan perlu sentiasa menjadi keutamaan agar peserta sentiasa terkawal dan dapat mengelakkan diri dari sebarang kecederaan atau perkara yang tidak diingini terjadi.

Pengetua SMK Kota Masai, Cikgu Saridah Abdul Majid menjelaskan bahawa penganjuran kejohanan merentas desa  perlulah mengikuti SOP keselamatan dan memastikan kesemua alat bantu kecemasan disediakan dengan baik.

Sesi pemanasan badan yang diketuai pasukan aerobik SMK Kota Masai.

“Penganjuran sukan di SMK Kota Masai perlu sentiasa mematuhi garis panduan keselamatan dan barisan guru perlu memastikan kesemua keperluan seperti first aid kit, persediaan air yang mencukupi, barisan marshall, medical officer, ambulans serta pihak RELA disediakan dengan baik dalam memastikan setiap murid dapat bersukan dengan aman dan selamat.

Kejohanan Merentas Desa SMK Kota Masai berlangsung pada Sabtu, 20 April dengan menghadirkan seramai lebih 700 penyertaan murid dari pelbagai kategori.

Barisan guru mengawasi pergerakan murid.

Aktiviti merentas desa meningkatkan lagi tahap kecergasan dan kecerdasan murid di samping melatih kekuatan mental dan fokus dalam mencapai garis penamat yang menandakan mereka berjaya menamatkan setiap cabaran yang diberikan.

Meskipun begitu, diingatkan bahawa keperluan keselamatan perlu disusun dengan sempurna dan bertanggungjawab agar dapat mengelakkan kemalangan dan pastinya, keamanan murid akan sentiasa terjaga sepanjang mengikuti kejohanan-kejohanan sukan yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here