Home Buletin Semasa TIGA TERSELAMAT, BOT TERBALIK DIPUKUL OMBAK

TIGA TERSELAMAT, BOT TERBALIK DIPUKUL OMBAK

182
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

BACHOK: Tiga nelayan selamat selepas bot yang mereka naiki terbalik akibat dipukul ombak di pesisir pantai dekat Kampung Perupok, di sini, pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bachok, Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Lokman Yusoh berkata bot yang dinaiki mereka terbalik pada jarak 200meter dari pesisir pantai.

“Pihak kami menerima panggilan daripada Sistem MERS 999 pada jam 10.45 pagi berhubung kejadian bot nelyan terbalik.Seramai lapan anggota termasuk pegawai daripada BBP Bachok bergegas  ke lokasi kejadian.

“Bagaimanapun, setibanya di lokasi tiga mangsa lelaki dewasa Berjaya diselamatkan oleh orang awam,”katanya dalam kenyataan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here