Home Luar Negara TIGA MAUT GEREJA KATOLIK DI SELATAN FILIPINA MELETUP

TIGA MAUT GEREJA KATOLIK DI SELATAN FILIPINA MELETUP

168
0

MANILA: Tiga orang maut manakala sembilan lagi cedera apabila sebuah gereja katolik dalam sebuah gimnasium universiti meletup, dekat Selatan Filipina hari ini, kata polis.

Pengarah polis wilayah, Brigedier Jeneral Allan Nobleza, berkata pihak berkuasa sedang menyiasat letupan yang berlaku di universiti negeri Mindanao.

Memetik laporan Reuters menerusi Berita Harian, pihaknya juga mengesyaki letupan dilakukan kumpulan militan sebagai membalas dendam.

Pada 2017, letupan pernah berlaku di Marawi, sebuah bandar yang dikepung oleh kumpulan militan selama lima bulan.

Menurut tentera Filipina semalam, mereka membunuh 11 militan termasuk Anggota Dawlah Islamiyah-Filipina iaitu sebuah kumpulan militan tempatan, dalam operasi ketenteraan di Wilayah Maguindanao Del Sur sehari sebelumnya.

Gabenor Lanao Del Sur, Mamintal Adiong Jr dalam kenyataan mengutuk insiden pengeboman ganas yang berlaku pagi tadi.

Menurutnya serangan pengganas ke atas institusi pendidikan mesti dikutuk kerana ini adalah tempat yang menggalakkan budaya keamanan.

Menerusi hantaran di facebook, universiti negeri Mindanao turut menyatakan kesedihan dan terkejut dengan keganasan yang berlaku semasa perhimpunan agama.

Berikutan itu, pihaknya mengumumkan penangguhan kelas sehingga diberitahu kelak.

Pihaknya dengan tegas mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak masuk akal dan mengerikan ini. -REUTERS, BH ONLINE-

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here