Home Buletin Semasa TIGA LELAKI DITAHAN RENTAS SEMPADAN SECARA HARAM

TIGA LELAKI DITAHAN RENTAS SEMPADAN SECARA HARAM

165
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

RANTAU PANJANG: Tiga lelaki ditahan disyaki keluar masuk Malaysia – Thailand melalui pengkalan haram Pohon Jambu,di sini.

Menurut Komander Bridged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Datuk Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid penahanan itu dilakukan sepasukan anggota Batalion (BN) 9 PGA pada jam lebih kurang 4.00 petang, pada Isnin.

“Pihak kami mengesan kegiatan tersebut apabila menahan sebuah bot dari Thailand semasa menjalankan tugas dalam Op Taring.

“Dalam kejadian itu pemandu bot cuba melarikan diri namun berjaya diberkas. Hasil pemeriksaan ke atas suspek-suspek tersebut mendapati tidak menjumpai apa-apa barang yang menyalahi undang-undang,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya dua penumpang bot tersebut adalah warga tempatan manakala seorang pemandu bot dipercayai masuk ke Malaysia melalui jalan yang tidak sah.

“Suspek ditahan bawah Sek 5(2) Akta Imigresen 1959/63 dan diserahkan kepada IPD Pasir Mas untuk tindakan selanjutnya,”katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here