Terdapat tiga kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidomologi ke-39.
Bagaimanapun menurut kenyataaan media, jumlah kes demam denggi dilaporkan menurun dari 2,310 kes ke 2,299 kes, pada Minggu Epidomologi ke 39.
Penurunan sebanyak 11 kes (0.5%) itu dilaporkan pada minggu sebelumnya.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan dalam kenyataan media, Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga Minggu Epidemologi ke-39 adalah sebanyak 89,474 kes berbanding 43,544 kes bagi tempoh sama tahun 2022 iaitu peningkatan sebanyak 45,930 (105.5%).
‘Manakala sejumlah 65 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding 26 kematian bagi tempoh sama tahun 2022’.
“Bilangan lokaliti hotspot yang dilaporkan pada minggi ini adalah 60 lokaliti berbanding 61 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya. Daripada 60 lokaliti yang dilaporkan, 46 lokaliti di Selangor, Sembilan lokaliti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan Putrajaya, dua lokaliti di Pulau Pinang dan masing-masing satu lokaliti di Oerak, Kelantan dan Sarawak,” katanya dalam kenyataan media.
Katanya, bagi survelan chikungunya, sebanyak enam kes direkodkan pada MInggu Minggu Epidomologi ke-39.
‘Jumlah kumulatif kes ini sehingga kini adalah 175 kes, bagi survelan zika, sebanyak 2.535 sampel darah dan 241 sampel urin telah dijalankan seringan zika dan hasil kesemuanya adalah negatif’.
“Beberapa kawasan di Malaysia mengalami banjir akibat peningkatan curahan hujan semasa Monsun Timur Laut. Sekiranya kawasan perumahan dinaiki air, lakukan aktiviti cari dan musnah bekas-bekas pembiakan nyamuk Aedes sejurus selepas banjir surut,” katanya.