Home Buletin Semasa TENGKU MAHKOTA KELANTAN SERTAI NIGHT COLOUR RUN SEMPENA HARI BELIA NEGARA 2025

TENGKU MAHKOTA KELANTAN SERTAI NIGHT COLOUR RUN SEMPENA HARI BELIA NEGARA 2025

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra, berkenan berangkat menyertai Night Colour Run sempena Festival Hari Belia Negara peringkat Negeri Kelantan yang berlangsung malam tadi di Stadium Sultan Muhammad IV.

Acara yang menghimpunkan lebih 1,000 peserta dari seluruh negeri itu disambut meriah dan dianggap sebagai simbol sokongan diraja terhadap pembangunan belia.

Baginda memulakan larian santai sejauh 1.9 kilometer dari Dataran Rehal ke stadium, sekali gus menyuntik semangat kepada para peserta lain yang teruja dengan keberangkatan Baginda.

Tengku Muhammad Fakhry berkenan merasmikan festival tersebut sebelum menyampaikan Anugerah Perdana Belia Negara kepada sembilan pemenang kategori individu lelaki, wanita dan pertubuhan.

Tengku Muhammad Fakhry turut berkenan merasmikan festival yang berlangsung selama empat hari sejak 14 Mei.

Salah seorang peserta, Natasha Amira Zuhaimi, 28, berkata kehadiran Tengku Mahkota memberi makna besar kepada semua belia yang hadir.

“Memang seronok, lagi-lagi bila TMK sendiri turun padang dan sertai bersama kami. Rasa lebih dekat dan dihargai,” katanya.

Festival itu turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian dan hiburan daripada tiga artis jemputan iaitu Black Hanafiah, Tomok New Boyz dan Azmani Kulit.

Penganjuran tersebut adalah inisiatif Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Kelantan bagi menyemarakkan semangat patriotisme serta memperkasakan belia tempatan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here