Home Sukan TEN HAG ANGGAP DE GEA PENJAGA GOL LENGKAP

TEN HAG ANGGAP DE GEA PENJAGA GOL LENGKAP

166
0

MANCHESTER: Erik ten Hag melabelkan penjaga gol Manchester United, David de Gea sebagai penjaga gol yang lengkap.

Pengendali dari Belanda itu yakin kelab akan mencapai persetujuan dengan penjaga gol dari Sepanyol itu untuk melanjutkan kontraknya.

De Gea, 32, berada di Old Trafford sejak 12 tahun lalu selepas berpindah dari Atletico Madrid.

Kontraknya akan berakhir pada musim panas ini dan United mahu mengurangkan gajinya dari 375,000 pound (RM2.07 juta) seminggu kepada 200,000 pound (RMRM1.10 juta), dan De Gea tidak berminat.

“David serba boleh dan seorang penjaga gol yang lengkap. Kami amat gembira dengannya.

“Setiap orang ada gaya tersendiri dan dalam serangan, ia menjadi lebih penting, terutama di peringkat tinggi.

“Anda perlu mengawal situasi dan ia membuatkan lawan lebih sukar untuk memberi tekanan dan mencipta peluang.

“Tetapi yang penting ialah menghalang jaringan, menafikan percubaan, menyelamatkan hantaran lintang, situasi satu lawan satu, lebih kepada penjaga gol klasik,” kata Ten Hag.

De Gea ketika ini mendahului senarai untuk Sarung Tangan Emas selepas mengumpul 14 perlawanan tanpa bolos dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Sumber: BH Online & Agensi

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here