Home Luar Negara TEMPAT LETAK KERETA RUNTUH, SEORANG MAUT, 5 CEDERA

TEMPAT LETAK KERETA RUNTUH, SEORANG MAUT, 5 CEDERA

194
0

NEW YORK: Berdasarkan siasatan setakat ini, tragedi itu dipercayai tidak mempunyai unsur khianat.

Pesuruhjaya polis, Keechant Sewell, berkata pihaknya tidak mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa terdapat unsur lain selain daripada keruntuhan akibat kelemahan struktur.

Rakaman video dari tempat kejadian menunjukkan operasi menyelamat sedang dijalankan dan beberapa kereta berada atas satu sama lain di tengah-tengah kepingan konkrit yang runtuh.

Ketua operasi bomba untuk jabatan bomba New York, John Esposito, berkata seorang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala empat lagi dibawa ke hospital kerana mengalami kecederaan dan individu keenam yang cedera menolak untuk diberikan rawatan perubatan.

Beliau berkata keenam-enam mangsa adalah pekerja yang berada di dalam struktur tempat letak kereta ketika ia runtuh.

“Keadaan sangat berbahaya bagi anggota bomba kami.” – John Esposito, Ketua Operasi Bomba untuk Jabatan Bomba New York

Beliau berkata demikian pada taklimat berita lewat petang.

Esposito berkata anggota bomba yang diarahkan keluar dari struktur itu masih berada di dalam bagi melakukan pencarian, sebelum peranti robot digunakan untuk meneruskan usaha mencari.

Universiti pace adalah sebuah kampus kolej swasta di mana pelajar, fakulti dan kakitangannya menggunakan struktur tempat letak kereta berkenaan.

Bagaimanapun kesemua mereka sudah dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga.

Datuk bandar new york city, eric adams berkata bahawa bangunan itu benar-benar tidak stabil.

Rekod dalam talian jabatan bangunan New York City menunjukkan bahawa struktur, di tapak runtuhan berkenaan mempunyai 45 pelanggaran peraturan, termasuk 25 sejak 2003, kebanyakannya mempunyai kaitan dengan lif.

Sumber: BH Online & Reuters

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here