BAITULMAQDIS: Sekurang-kurangnya tujuh rakyat Palestin cedera akibat tembakan dalam operasi yang dilakukan oleh tentera Israel di Tebing Barat, semalam.
kementerian kesihatan palestin berkata operasi itu dilakukan beberapa jam selepas dua lelaki israel cedera akibat tembakan berhampiran tapak yahudi di timur baitulmaqdis.
Katanya, enam cedera ringan selepas terkena tembakan dan dibawa ke hospital kerajaan Jenin, manakala seorang lagi mangsa dimasukkan ke hospital berdekatan, susulan serbuan di utara tebing barat.
Kenyataan daripada tentera Israel mengesahkan operasi itu dijalankan di kem pelarian Jenin bagi memburu penyerang dua warga Israel sehari sebelumnya.
Semalam, pihak berkuasa Israel berkata seorang rakyat palestin disyaki mencederakan dua lelaki Israel di kejiranan Sheikh Jarrah di timur Baitulmaqdis dengan melepaskan tembakan ke arah kereta mereka.
“Pegawai polis kemudian bergegas ke tempat kejadian untuk mencari suspek yang melarikan diri.” – Pihak berkuasa israel
Pasukan keselamatan Israel menutup jalan di kawasan kejiranan, di mana seorang pegawai dilihat memasuki rumah Palestin, dengan dron dan helikopter serta anjing polis bagi membantu pencarian.
Pegawai yang menguatkuasakan penutupan menghalang kereta dan orang ramai daripada keluar di tengah-tengah kejiranan, ketika pasukan bersenjata lengkap menggeledah kawasan itu.
Polis mengumumkan mereka menemui pistol yang digunakan suspek berhampiran tempat serangan berlaku.
Senjata itu dikenal pasti sebagai senapang ringan Carlo, yang dihasilkan penduduk palestin di tebing barat.
Hospital Hadassah berkata mereka menerima seorang mangsa tembakan berusia 48 tahun yang cedera ringan dan pusat perubatan Shaare Zedek berkata pihaknya sedang merawat seorang lelaki berusia 50-an
Sumber: BH Online & AFP
Imedikel TV






