Home Segmen Kesihatan TEMBIKAI RAHSIA SUBUR LELAKI?

TEMBIKAI RAHSIA SUBUR LELAKI?

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Tembikai biasanya dijadikan pencuci mulut khususnya pada musim panas. Ini kerana tembikai bukan sahaja kaya dengan vitamin dan mineral, malah kandungan airnya yang tinggi iaitu sebanyak 92% membuatkan kita rasa lebih kenyang selepas memakannya.

Namun, tahukah anda tembikai bukan sekadar untuk dijadikan sebagai pencuci mulut, malah menurut doktor kesihatan lelaki, Dr Ahmad Samhan Awang atau lebih dikenali sebagai Dr Samhan di media sosial, tembikai juga adalah rahsia kesuburan lelaki.

Menurut Dr Samhan di aplikasi X, tembikai boleh menambah stamina, membantu ereksi semula jadi dan zakar lebih responsive.

Anda nak tahu kenapa tembikai digelar “Viagra Semula jadi”? Baca artikel ini sampai habis.

1.Tembikai kaya dengan L-citrulline

    • Bahan ini membantu merehatkan salur darah dan meningkatkan aliran darah ke zakar. Ia berfungsi sebagai ubat kuat tetapi daripada  buah semula jadi.

    2. Aliran darah lancar = ereksi mantap

    • Lelaki yang ada masalah lemah tenaga batin boleh cuba mengamalkan tembikai. Ia lebih selamat dan sihat.

    3. Membantu mengurangkan tekanan darah

    • Apabila tekanan darah terkawal, fungsi seksual lelaki pun lebih stabil. Ia membolehkan untuk mengelakkan mati pucuk awal.

    4. Antioksidan tinggi untuk melindungi sperma

    • Tembikai kaya dengan lycopene. Ia membantu melawan radikal bebas yang boleh merosakkan sperma.

    Jadi, apa tunggu lagi, anda boleh mencuba untuk mengamalkan pemakanan tembikai bagi mengekalkan “kejantanan” anda.

    IMedikel TV

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here