Home Buletin Semasa TEKANAN AIR RENDAH, AKSB BANTU BOMBA HANTAR TANGKI

TEKANAN AIR RENDAH, AKSB BANTU BOMBA HANTAR TANGKI

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) terus memberikan komitmen dengan menyediakan Lori Air dari siang hari hingga ke malam 28 Oktober.

Menurut kenyataan media, pihak AKSB telah menerima panggilan telefon daripada Pegawai Bomba Kota Bharu, menyatakan satu kebakaran telah berlaku sekitar jam 6 petang, pada 27 Oktober lalu, di tempat pengumpulan bahan kitar semula di kawasan perindustrian Pengkalan Chepa. 

“Pihak Bomba memohon untuk AKSB membantu meningkatkan tekanan air di sekitar kawasan kebakaran termasuk bantuan Lori Air AKSB kerana kebakaran yang berlaku dijangka memerlukan masa lebih kurang 12 jam untuk dipadamkan.

“Ini adalah kerana kawasan yang terbakar adalah bahan sekitar semula yang disusun sekurang-kurangnya 3 meter tinggi dengan keluasan yang dijangka melebihi 0.5 hektar, maka terdapat lebih 10,000 tan bahan yang telah terbakar dan berisiko untuk terus terbakar,”menurut kenyataan hari ini.

AKSB telah membuat kerahan segera, yang mana Lori Air Jajahan yang tidak digunakan digerakkan ke lokasi kejadian kebakaran. Pada masa yang sama juga Jajahan Kota Bharu Timur telah membuat catuan kecemasan dengan perlahankan aliran ke DMA Sabak dan DMA Kemumin bagi memastikan lokasi kebakaran mendapat tekanan yang lebih baik.

Pada malam kejadian, sebanyak 15 buah jentera dan kenderaan yang berada di tapak bagi membantu memadam kebakaran termasuk enam jentera memadam kebakaran, tiga lori air bomba dan enam lori air AKSB (tiga Kota Bharu, masing-masing satu Bachok, Pasir Mas dan Pasir Puteh).

Walaupun lokasi kebakaran tidak sampai 1 kilometer dari Tangki Kemumin, namun dengan permintaan kilang yang besar seperti Rohm Wako, Top Glove, Ain Medicare, Sawit Raya Malaysia Sdn Bhd dan lain-lain, adalah sukar untuk mengekalkan tekanan minima yang diperlukan oleh jentera bomba bagi memastikan pam penggalak dapat memancutkan air hingga 7 bar.

Semakan AKSB dengan sistem pemantauan tekanan, tekanan di DMA Perindustrian Pengkalan Chepa (KBT05-Perindustrian PC) menunjukan 3 hari sebelum kejadian, purata tekanan 13 meter. Terendah 12.0 meter dan tertinggi 18.0 meter.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here