Home Buletin Semasa TDM TAHAN LELAKI CUBA RENTAS SEMPADAN

TDM TAHAN LELAKI CUBA RENTAS SEMPADAN

164
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

JELI: Tindakan empat lelaki cuba menyusuri tebing Sungai Golok di sebelah gagal apabila seorang daripada mereka ditahan Tentera Darat Malaysia (TDM), pada Selasa.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia dalam satu kenyataan berkata, kejadian kira-kira jam 11.45 malam itu, pasukan beroperasi telah mengesan empat lelaki sedang menyusuri tebing Sungai Golok di sebelah Malaysia dalam keadaan yang mencurigakan di kawasan tanggungjawab Briged Kelapan Infantri Malaysia.

“Apabila didekati, kesemua lelaki tersebut bertindak melarikan diri dengan cuba untuk menyeberangi Sungai Golok ke arah Thailand. Namun begitu, Pasukan Operasi telah berjaya menahan seorang lelaki manakala tiga orang lelaki lagi telah berjaya melarikan diri ke sebelah Thailand.

“Empat lelaki tersebut dipercayai merancang untuk melaksanakan aktiviti penyeludupan namun hasrat tidak tercapai apabila diserbu Pasukan Operasi.

“Seorang lelaki yang ditahan itu tidak membawa pengenalan diri namun mengakui Warganegara Malaysia dan dipercayai membawa bahan terlarang di dalam beg galas,”menurut kenyataan itu.

Pihak Polis Diraja Raja Malaysia (PDRM) telah membantu melakukan pemeriksaan di dalam beg galas dan badan suspek.

“Hasil pemeriksaan menemui sebanyak tiga bungkusan air yang dipercayai air ketum, sebilah parang, telefon bimbit, sejumlah wang tunai matawang Thailand, sarung tangan getah, beg silang dan tali. Jumlah nilai keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM 1,203.00. 3.

“Suspek telah diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli untuk siasatan lanjut kerana didapati tidak membawa pengenalan diri dan memiliki senjata berbahaya. Suspek juga akan disiasat di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 kerana dipercayai memiliki air ketum,”katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here