Home Buletin Semasa TARIK ORANG RAMAI BERSELAWAT DENGAN BERBUSANA MELAYU

TARIK ORANG RAMAI BERSELAWAT DENGAN BERBUSANA MELAYU

174
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Sempena tarikh memperingati dan mengambil iktibar daripada pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948, Badan Bukan Kerajaan (NGO) mengadakan aktiviti berselawat di sini, semalam.

Penganjur program, Abdul Muhaimin Azman, 37, berkata program selawat itu bermula dari Dataran Rehal ke Menara Tinjau dengan meniup tetuang.

“Program ini adalah pertama kali diadakan dan berjalan serentak dengan negeri-negeri lain juga termasuk Sabah dan sarawak.

“Program ini juga diadakan bagi menzahirkan kesyukuran di atas pertabalan Seri Paduka Yang Dipertuan Agong ke -17 yakni Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Seri Paduka Baginda Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar. Kami merafak sembah memohon kewibawaan dan kebijaksaan bagi menerajui Negara di era yang begitu mencabar ini,”katanya.

Katanya program itu juga bagi mengajak orang ramai mendekati masjid dan memeriahkannya dengan aktiviti-aktiviti keagamaan.

Menurut Abdul Muhamin, menariknya mereka yang datang menyertai program itu memakai pakaian bertemakan Busana Melayu bagi memeriahkan lagi suasana majlis.

“Bagi menyuntik kembali semangat jati diri adat budaya Melayu yang bersendi syariat sebagai roh kekuatan bangsa bagi menuju sebuah kebangkitan peradaban yang Makmur dan sejahtera di Tanah Melayu pusaka keramat ini.

“Saya berharap program seperti ini perlu diadakan di masa akan datang bagi menarik lebih ramai anak muda cintakan Rasulullah dan tanah air,”katanya.

Katanya, program itu disertai kira-kira 100 orang.

Program itu dianjurkan bersama NGO lain termasuk Persatuan Pencinta Seni Busana Kelantan dan Persatuan Akal Kelantan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here