Home Segmen Kesihatan TANGANI MABUK KEHAMILAN

TANGANI MABUK KEHAMILAN

268
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@Imedikel TV

Ibu hamil kerap mengalami masalah mabuk atau lebihdikenali ”morning sickness” di awal atau semasa kehamilan mereka.

Menurut portal myhealth mabuk hamil adalah satu fenomena yang sangat biasa berlaku sekitar 70-80% kehamilan.

Secara umumnya, ia adalah ringan dan tidak melarat. Kebanyakan wanita yang mempunyai masalah tersebut tidak memerlukan bantuan perubatan dan boleh dirawat dirumah.

Terdapat beberapa sebab yang memungkinkan para ibu mabuk semasa kehamilan dan ada
sesetengah daripada mereka mengalami situasi yang agak teruk, namun masih belum
diketahui penyebab yang kukuh.

 

Banyak kajian yang mengaitkannya dengan perubahan hormon
yang berlaku diawal kehamilan. Didapati wanita yang muntah-muntah pada awal
kehamilan mempunyai paras estrogen yang lebih tinggi.

 

Wanita yang hamil kembar dua atau tiga biasanya mengalami
mabuk yang lebih teruk, begitu juga dengan wanita yang mengalami ‘kehamilan
anggur (molar pregnancy)’ iaitu sejenis kehamilan yang tidak normal.

 

Punca lain yang boleh menyebabkan gejala muntah seperti
mabuk hamil yang teruk adalah jangkitan saluran kencing, radang usus dan
keracunan makanan.

 

Rasa loya dan muntah lazimnya bermula sekitar enam minggu kehamilan.
Kebiasaanya ia berlaku pada waktu pagi, tetapi ianya boleh juga berlaku pada
bila-bila masa siang atau malam.

 

Lebih kurang 80% wanita akan berhenti mengalami gejala ini sekitar 12
minggu kehamilan, selebihnya beransur pulih sekitar 16 minggu kehamilan. Walau
bagaimanapun ada juga segelintir wanita yang akan mengalami masalah ini
sepanjang kehamilannya.

Wanita yang mengalami loya dan muntah-muntah yang ringan diawal
kehamilan tidak perlu risau kerana ianya tidak mendatangkan sebarang kesan
buruk kepada diri mereka atau bayi dalam kandungan. Walau bagaimanapun, jika
muntah menjadi lebih teruk dan wanita tersebut tidak mengambil makanan atau
minuman seperti biasa, seseorang itu perlu mendapatkan rawatan di hospital.

 

Wanita yang mengalami mabuk hamil yang teruk boleh mengalami dehidrasi
dan memerlukan rawatan cecair melalui saluran vena di hospital. Jika rawatan
tidak diberi, ianya boleh mengakibatkan ketosis (keadaan di mana asid di dalam
badan anik tinggi) atau ‘metabolic acidosis’ dan ini boleh membahayakan bayi
dalam kandungan atau ibu sendiri.

 

Majoriti wanita akan mengalami mabuk hamil semasa awal mengandung.
Manakala hanya sebahagian kecil (yang bernasib baik) tidak mengalami masalah
ini. Gejala ini mungkin teruk dikalangan sesetengah wanita. Antara faktor yang
menyebabkan seseorang ibu itu mengalami mabuk hamil yang teruk termasuk:

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here