Home Buletin Semasa HARGA DURIAN AKAN TURUN LAGI

HARGA DURIAN AKAN TURUN LAGI

226
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Musim raja buah yang kini tiba dan memenuhi pasaran tempatan dijual dengan harga RM10 sekilogram namun harga itu bakal turun lagi dalam masa terdekat.

Seorang penjual buah durian, Nik Rozihan Abd Rahman, 48, dari Pintu Geng, berkata durian yang dijual diambil dari Perak, Johor dan Negeri 9 kerana mempunyai permintaan ramai yang membabitkan durian kampung, durian batang emas, durian kunyit dan pelbagai lagi.

“Kita ambil stok buah durian sebanyak 4 tan untuk dijual dalam masa 3 hari.

“Setakat ini kita juga dengan harga RM10 satu kilo, tapi mungkin esok boleh jadi RM9 atau RM8 satu kilo,”katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kota Bharu, di sini, semalam.

Jelasnya, dia masih lagi menunggu stok durian musang king memandangkan permintaan raja buah itu masih galak.

Nik Rozihan berkata, rasa buah durian yang manis dan sedikit pahit dapat memukau citarasa pembeli khususnya peminat raja buah itu.


“Kebanyakkan pembeli yang melalui jalan ini dan singgah membeli durian, mereka lebih suka durian yang isinya kekuningan kerana rasanya yang manis namun ada juga yang sukakan durian isi putih,” katanya.

Tambahnya, gerai durian itu juga mempunyai cawangan di Pasir Pekan dan dibuka pada jam 10 pagi sehingga 12 malam.

Imedikel Tv

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here