Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
Sudah menjadi lumrah bayi suka mengeksplorasi keadaan sekeliling mereka dengan menggigit benda melalui mulut mereka ketika merangkak atau meniarap
Adakah anda tahu bahawa punca perbuatan itu terjadi adalah kerana bayi sedang dalam keadaan gatal gusi disebabkan proses pertumbuhan gigi.
Jadi tidak hairanlah bayi yang berusia sekitar enam bulan sering menggigit benda yang dijumpainya.
TANDA-TANDA BAYI YANG SEDANG TUMBUH GIGI DAN MENGALAMI GATAL PADA GUSI:
1.Menggigit benda: bayi mungkin menggigit benda apa sahaja yang boleh mereka dapatkan untuk menghilangkan ketidaknyamanan pada gusi.
2. Air liur berlebihan: proses tumbuh gigi sering membuat bayi mengeluarkan lebih banyak air liur dari biasanya.
3.Gelisah: bayi mungkin menjadi lebih gelisah kerana rasa tidak selesa pada mulut.
4.Gusi merah atau bengkak: gusi akan kelihatan merah atau bengkak apabila berlaku pertumbuhan gigi.
5.Perubahan pola makan dan tidur: bayi mungkin menolak makanan atau mengalami gangguan tidur kerana kegatalan pada gusi.
CARA MEMBANTU PULIHKAN GUSI GATAL PADA BAYI:
1.Mainan gigi: beri mainan gigi yang selamat dan boleh dikunyah oleh bayi.
2.Kain lembab: mengunyah kain yang lembab untuk membantu menghilangkan rasa gatal pada gusi.
3.Menekan gusi: menekan lembut gusi bayi dengan jari yang bersih.
IMedikel TV






