Oleh: Afrizam Arif, Imedikel TV
TUMPAT: Seorang lelaki maut dipercayai terkena serangan asma semasa memandu kenderaan Mitsubshi Pajero yang dipandunya terbabas dan terjunam ke dalam Sungai Teluk Jering, Kampung Teluk Jering, semalam.
Menurut penduduk, Mohamad Abdullah, 50, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari itu, apabila kenderaan dipandu mangsa, Che Azizi Shah Abdul Aziz, 32, terbabas dan merempuh pagar jambatan serta terjunam ke dalam sungai tersebut.
Allahyarham dikatakan keluar memancing bersama rakannya dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Cherang Melintang.
“Kemungkinan dia diserang asma semasa dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar rakan kerana ada ubat sedut asma dijumpai bersama.
“Semasa kejadian, penduduk turut menyelam mencarinya dan hasil selaman, Pajero dijumpai,” katanya.
Katanya lagi tidak lama selepas itu, bomba dan polis sampai di lokasi kejadian.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut.
IMedikel TV






