KUALA LUMPUR: Anak sulung Bella Astillah, iaitu Mohamad Ayden Adrean, 9, gembira dengan majlis pertunangan ibu dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Ketika ditanya penyampai radio Era FM, Muna Bella perasaanya mengenai majlis pertunangan ibu, Ayden mengakui gembira.
“Gembira… Tahniah mummy dan daddy,” ucapnya.
Menurut Ayden lagi, dia dan adiknya, Ara Adreanna, 6, memanggil Syed Sadddiq dengan panggilan ‘daddy’.
Ayden berkata, biarpun jarang keluar bersama Syed Saddiq, namun, mereka banyak meluangkan masa melakukan aktiviti sihat.
“Kita jarang jalan-jalan, paling-paling pergi jogging atau berenang bersama-sama,” katanya yang mengakui suka menjalankan aktiviti itu bersama Syed Saddiq.
Ayden dan Ara adalah zuriat daripada perkahwinan Bella bersama bekas suaminya yang juga penyanyi Singapura, Aliff Aziz.
Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016, namun, bercerai pada 16 Mei 2019.
Mereka kemudian kembali rujuk sebelum bercerai buat kali kedua pada Mac 2024. – BH Online –
IMedikel TV






