KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang bertunang dengan pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, hari ini.
Perkara itu dinyatakan beliau menerusi komen ditinggalkan pada hantaran oleh Syed Saddiq mengenai pertunangan mereka di aplikasi X.
“Tahniah, kad jemputan jangan lupa,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan Syed Saddiq serta Bella bakal bertunang pada majlis eksklusif, petang ini.
Syed Saddiq mengesahkan perkara itu melalui hantaran Instagram (IG) yang turut memaparkan video dirinya melamar Bella di Gunung Kinabalu, Sabah.
Pada hantaran video itu, Syed Saddiq turut berkongsi beberapa klip romantis antara mereka termasuk ketika berjalan di pesisir pantai sambil menyertakan tanda pagar #BellaSyedYes. – HMetro Online –
IMedikel TV






