Home Segmen Kesihatan TABIAT SUKA KUNYAH AIS MUNGKIN PETANDA MASALAH KESIHATAN

TABIAT SUKA KUNYAH AIS MUNGKIN PETANDA MASALAH KESIHATAN

246
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

Mengunyah ais sering dianggap tabiat biasa, malah menjadi kebiasaan ramai individu ketika bersantai atau menyegarkan mulut.

Namun tabiat ini mungkin bukan hanya keinginan biasa tetapi ia boleh menjadi petanda awal masalah kesihatan

Bagaimanapun perlu difahami, apa yang penulis ingin tekankan di sini adalah tabiat mengunyah ais secara berlebihan sepanjang hari, bukannya minum air sejuk atau minuman berais seperti kebiasaan.

Tidak dinafikan apabila mengunyah ais memang sedap walaupun rasanya sejuk beku.

Tetapi, siapa sangka ini mungkin petanda masalah kesihatan yang lebih serius pada badan setiap individu?

Jadi, sebagai penulis artikel ini, diharapkan orang ramai tidak memandang remeh terhadap tabiat tersebut.

Pernah tak anda dengar pagophagia, ia merupakan salah satu tabiat seseorang yang sangat teringin makan dan kunyah ais secara berlebihan.

Pagophabia ini boleh menyebabkan seseorang mengalami kekurangan zat besi atau anemia iaitu penyakit darah yang boleh menyebabkan keletihan yang melampau, jantung berdegup laju dan kadang-kadang boleh menyebabkan pitam secara tiba-tiba.

Selain itu, kunyah ais secara berlebihan juga boleh merosakkan gigi sehingga menyebabkan gusi mudah berdarah kerana sejuk.

Malah, jika terlalu banyak ais juga boleh menyebabkan ketidakselesaan perut atau perut kembung pada sesetengah individu, terutamanya bagi mereka yang mempunyai sistem pencernaan yang sensitif.

Terdapat beberapa tips untuk elak makan ais adalah:

1.Melakukan pemeriksaan kesihatan bagi mengenal pasti tahap zat besi dalam darah. Jika kekurangan dikenal pasti, rawatan boleh membantu mengurangkan keinginan terhadap ais secara semula jadi.

2.Menggantikan ais dengan alternatif yang lebih selamat seperti buah-buahan sejuk beku, smoothie, atau agar-agar sejuk. Alternatif ini boleh memberikan rasa sejuk yang menyegarkan tanpa merosakkan gigi.

3.Minum air kosong secukupnya sepanjang hari, dan boleh menambah perisa semula jadi seperti lemon atau daun pudina untuk menjadikannya lebih menarik bagi mengelakkan hidrasi.

Bagi individu yang sukar menghentikan tabiat ini walaupun telah mencuba pelbagai cara, penulis menyarankan agar mereka mendapatkan bantuan daripada pakar pemakanan atau kaunselor.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here