Home Hiburan SYED SADDIQ, BELLA ASTILLAH BERTUNANG PETANG INI

SYED SADDIQ, BELLA ASTILLAH BERTUNANG PETANG INI

81
0

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta pelakon dan penyanyi, Bella Astillah bakal bertunang pada majlis eksklusif di sini, petang ini.

Memetik laporan menerusi Berita Harian perkara itu disahkan Syed Saddiq melalui hantaran Instagram (IG) yang turut memaparkan video dirinya melamar Bella di puncak Gunung Kinabalu.

Syed Saddiq berkata, penyatuan hati bersama Bella bermula daripada kerjasama kecil yang akhirnya membibitkan rasa cinta antara satu sama lain.

“I asked, she said yes (saya bertanya , dia bersetuju),” tulis Syed Saddiq sambil menyertakan emoji berbentuk cincin.

Pada hantaran video itu, Syed Saddiq turut berkongsi beberapa klip romantis antara mereka termasuk ketika berjalan di pesisir pantai sambil menyertakan tanda pagar, #BellaSyedYes

Pada ruangan kapsyen, Syed Saddiq menyifatkan pertunangan itu bakal menjadi permulaan baharu buat mereka.

“Ini bukan pengakhiran cerita, ini permulaan kita dan hari ini majlis pertunangan kami, doakan.

“Bermula dengan kerjasama biasa yang akhirnya meraih lebih RM6 juta untuk rakyat, tanpa sedar turut menyatukan dua hati. Allah SWT sebaik-baik perancang. Proposal (lamaran) di atas Gunung Kinabalu masa hujan lebat,” tulisnya.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut termasuk rakan selebriti antaranya Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meninggalkan komen positif serta mendoakan pasangan itu.

Terdahulu, lama sembang kecoh apabila Syed Saddiq dan Bella dikhabarkan akan disatukan dalam satu majlis yang bakal diadakan di ibu negara, petang ini.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here