Home Buletin Semasa STR RINGANKAN BEBAN RAKYAT HADAPI KOS SARA HIDUP

STR RINGANKAN BEBAN RAKYAT HADAPI KOS SARA HIDUP

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 yang disalurkan Kerajaan terus memberi manfaat kepada rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana dalam menghadapi kos sara hidup.

Tinjauan kru IMedikel TV mendapati, sesetengah penerima menyifatkan bantuan itu bukan penyelesaian jangka panjang, tetapi sekadar memberi ruang untuk melangsungkan kehidupan seharian.

Bagi Suzawati Haida Mohd Suhaimi, 45, dari Berek 12 berkata dia bersyukur akan bantuan yang bakal disalurkan itu kerana dapat membantu membeli keperluan asas dan barangan persekolahan anak-anak.

“Alhamdulillah cukup untuk beli keperluan asas dan barang sekolah anak, sekiranya bantuan ini tiada pun, saya tidaklah rasa terlalu terbeban.

“Meskipun pendapatan bulanan hanya RM40 sehari, dan suami hanya bekerja sebagai pembantu pemandu lori, tapi alhamdulillah cukup untuk kami sara lima orang anak,” katanya.

Selain itu, bagi seorang warga emas, Nor Aizan Wan Daud, 65, menyifatkan bahawa STR bukan sekadar bantuan kewangan, tetapi membantu kehidupan harian lebih teratur.

”Kadang-kadang rasa tak cukup juga untuk bayar bil elektrik jadi kita terpaksa mencari duit lain.

”Duit bantuan STR ini seperti duit tambahan la untuk golongan macam kami ini,” katanya.

Bagaimanapun, menurut seorang peniaga pakaian, Rusmawati Abdul Rajab, 60, dari Kota Bharu, berkata meskipun bantuan itu tidak mencukupi baginya tetapi ia tetap memberi sedikit kelegaan dan membantu meneruskan kehidupan dengan lebih stabil.

“Tanpa bantuan ini, rasa terbeban juga sebab sekarang ini barang pun mahal lagipun pendapatan sebagai peniaga pakaian ini tidak menentu ditambah pula sekarang banyak saingan,” katanya.

Dalam pada itu, penerima STR turut berharap bantuan itu dapat diteruskan dan diperluas bagi menampung keperluan golongan berpendapatan rendah pada masa akan datang.

Media sebelum ini melaporkan pembayaran STR 2026 Fasa 1 akan disalurkan bermula esok.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here