Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa susulan kejadian tragedi tanah runtuh yang berlaku di Batang Kali pada 16 Disember 2022.
Kementerian ini melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dalam peringkat penyediaan deraf laporan akhir.
Antara elemen yang diambil kira dalam penyiapan laporan ini adalah kerja-kerja ujian penyiasatan tanah di lapangan dan makmal serta penganalisaan data.

Data dari ujian ini adalah penting untuk dianalisis bagi menentukan mekanisme kegagalan oleh pelbagai pakar termasuk dari aspek kejuruteraan geoteknik dan geologi.
Laporan hasil penemuan akan diperolehi pada akhir Jun 2023 dan akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri sebelum dimuktamadkan untuk semua pihak yang terlibat mengambil tindakan selanjutnya.

“Saya memahami banyak pihak termasuk keluarga mangsa yang terjejas ingin mengetahui atau mendapatkan laporan akhir kejadian berkenaan, justeru saya memberi jaminan JKR sedang melakukan usaha yang terbaik untuk melengkapkan proses ini,” kata Menteri Kerja Raya, Datuk Sri Alexander Nanta Linggi dalam kenyataan media.
Sumber Jabatan Penerangan Malaysia
Imedikel TV






