Home Sukan INZAGHI TAK BIMBANG BERDEPAN CITY

INZAGHI TAK BIMBANG BERDEPAN CITY

105
0

Appiano Gentile, ITALI : Simone Inzaghi berkata hari ini bahawa Inter Milan tidak takut dengan Manchester City ketika dia mempersiapkan pasukan bagi final Liga Juara-Juara menentang pasukan sangat kaya itu yang turut mengejar gelaran ‘treble’.

Inter akan ke Istanbul bagi final pertama mereka dalam Liga Juara-Juara selepas menang kejohanan itu 13 tahun lalu, namun City adalah pilihan utama untuk dimahkotakan selaku Raja Eropah buat pertama kali.

Skuad kendalian Pep Guardiola, City berada kali kedua di final Liga Juara-Juara dalam tiga tahun dan akan ke final awal pagi Ahad nanti selepas memusnahkan Real Madrid dalam kelompok empat terakhir selain menang Liga Perdana Inggeris dan Piala FA.

“Kita bercakap mengenai perlawanan bola sepak, tidak ada ketakutan,” kata Inzaghi kepada wartawan.

“Kami amat menghormati mereka tetapi kami bangga bermain dalam final kerana kami amat mahukannya.”

Inter perlu menyekat setiap serangan City diketuai Erling Haaland yang meledak 12 kali di Eropah musim ini dan akan mendahului senarai penjaring terbanyak walau apa berlaku di Turkiye.

Alessandro Bastoni ialah seorang darioada tiga pertahanan tengah yang akan ditugaskan menyekat Haaland, dan dia berkata tidak bimbang bertembung dengan pemain Norway yang penuh tenaga itu.

“Anda takutkan pembunuh, bukan pemain bola sepak. Adalah satu kesilapan bercakap mengenai rasa takut,” katanya.

“Ia bukan Haaland menentang Inter, ia Manchester City menentang Inter.

“Tiada rasa takut, hanya tahap ketegangan yang betul. Lebih daripada itu, ia kegembiraan… Saya tidak sabar untuk ke padang.”

Inzaghi menambah bahawa dia masih belum membuat keputusan siapa yang akan berpasangan dengan Lautaro Martinez di bahagian serangan Inter dengan dia sedang memikirkan sama ada akan menggunakan pemain veteran, Edin Dzeko atau Romelu Lukaku.

Penyerang Belgium, Lukaku sudah menukar musim dengan baik sejak April dan dia sekali lagi cemerlang di bahagian serangan tengah dengan mereka menguasai gelaran Serie A yang menggembirakan penyokong Inter dua tahun lalu.

Sumber BH Online & AFP

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here