Home Hiburan SHOWCASE JIWA KACAU 2024 TERIMA PENGIKTIRAFAN MBOR

SHOWCASE JIWA KACAU 2024 TERIMA PENGIKTIRAFAN MBOR

195
0

KUALA LUMPUR: Showcase Jiwa Kacau 2024 menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) selepas menjadi acara persembahan pertama yang menghimpunkan 15,000 penonton di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, malam kelmarin.

Kejayaan dan sejarah dilakar menjadi bukti konsert anjuran MND Sport & Event Sdn Bhd itu mempunyai tarikan istimewa sejak penganjuran siri pertama di Stadium Malawati Shah Alam pada Jun tahun lalu.

Pemilihan lokasi lebih besar di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil dilihat sebagai keputusan tepat dan tidak merugikan apabila jualan tiket mencatat jumlah pembelian begitu memberangsangkan.

Malah, himpunan band terkemuka tanah air seperti Kugiran Masdo, Insomniacks, Hujan, Bunkface termasuk kumpulan popular dari Indonesia, Nidji berjaya menarik minat ramai terutama dalam kalangan anak muda.

Sijil Pengiktirafan bagi Showcase Jiwa Kacau 2024 disampaikan wakil MBOR, Siti Hajar Johor kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MND Sport & Event Sdn Bhd, Harith Daniel.

Tirai Showcase Jiwa Kacau 2024 terlebih dahulu dibuka dengan persembahan daripada pempengaruh yang kini bergelar penyanyi, Luqman Podolski.

Luqman menyampaikan lima lagu, Bahaya Kembar, MYVI, Mungkin Aku Tak Penting, Kalau Kau Rindu dan Ring Ring bagi ‘memancing’ tumpuan penonton.

Acara diteruskan dengan persembahan Kugiran Masdo yang membelai jiwa peminat menerusi dendangan medley La Obe dan Janji Manis, Miss Flower Learn To Twist, Inilan JalanNya, Berduka Lara, Perih Jerih, Dinda, Malam Pesta Rock N Roll dan Berchanda.

Turut beraksi, band yang dibarisi jejaka tampan iaitu Insomniacks dengan Igauan Malam, Reminisensi, Teman, Kepala Batu, Sempurna dan Pulang.

Kehangatan suasana di Stadium Hoki Nasional bertambah sebaik Nidji muncul di pentas untuk mempersembahkan lagu ‘hits’ seperti Lala Song, Disco Lazy Time, Arti Sahabat, Sumpah & Matiku, Wadow, Laskar Pelangi, Biarlah dan Hapus Aku.

Teriakan penonton terus memuncak apabila band popular, Hujan muncul dengan menyampaikan lagu Kotak Hati, Obsesi, Ahmoi Chantek, Lonely Solder Boy, Empayarmu, Bila Aku Sudah Tiada, Pagi Yang Gelap dan Aku Skandal.

Bunkface bertindak penutup acara tidak kurang hebat saat mendendangkan lagu Hilang, Malam Ini Kita Yang Punya, medley High School Rockers dan Silly Lily, Rentak Laguku, Panik, Situasi serta Revolusi.

Showcase Jiwa Kacau 2024 turut menzahirkan solidariti buat rakyat Palestin yang kini berdepan kekejaman rejim Zionis menerusi slot paparan video khas bagi memperingati kesengsaraan mereka. -BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here