Home Buletin Semasa SHMMP AIDILFITRI: GAGAL PAMER TANDA HARGA MERAH JAMBU, KPDN KELANTAN KOMPAUN 7...

SHMMP AIDILFITRI: GAGAL PAMER TANDA HARGA MERAH JAMBU, KPDN KELANTAN KOMPAUN 7 PENIAGA

183
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengenal pasti sebanyak 26 jenis barangan semasa pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Aidilfitri 2025 berbanding 22 barangan tahun lalu.

Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail berkata sebanyak empat barangan yang ditambah di seluruh negara termasuk bawang merah kecil India, bawang merah kecil India (Ros), lobak merah dan santan.

“Pelaksanaan skim ini berkuatkuasa dari 24 Mac hingga 7 April depan.

“Terdapat 24 jenis barang yang kita kawal  iaitu barang keperluan asas untuk musim perayaan Aidilfitri. Setiap musim perayaan adalah berbeza keperluan.

“Untuk Aidilfitri kita mengenal pasti 24 jenis barang yang kita kawal harga untuk memastikan harga stabil dan rakyat mendapat bekalan yang mencukupi,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Walkabout SHMMP Aidilfitri, di pasaraya Billion, di sini, pada Khamis.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim.

Menurut beliau sepanjang tempoh pelaksanaan SHMMP Aidilfitri 2025 terdapat tujuh kes di bawah kesalahan Akta Antipencatutan 2011 iaitu melibatkan kesalahan peniaga gagal mempamerkan tanda harga warna merah jambu.

“Setakat ini kita sudah ada 7 kes yang kita sudah ambil sehingga sekarang. Kita juga sudah dikenakan kompaun kepada mereka yang melanggar SHMMP Aidilfitri 2025

“Ia membabitkan kes tidak meletakkan tanda harga kerana 24 jenis barangan ini wajib meletakkan tanda harga  warna merah jambu,”katanya.

Katanya tujuh kes terbabit membabitkan semua daerah di Kelantan termasuk Gua Musang.

Senarai barangan lain antaranya daging kerbau import, daging lembu tempatan, kacang tanah, cili merah,  sawi hijau, kelapa biji, kelapa parut,bawang kuning besar dan halia tua import

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here