Home Buletin Semasa AKOK LARIS WALAU HARGA BAHAN MENTAH NAIK

AKOK LARIS WALAU HARGA BAHAN MENTAH NAIK

218
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Kuih akok adalah kuih tradisional yang cukup terkenal di negeri ini. Permintaan kuih akok sepanjang bulan Ramadan masih tinggi walaupun ada peniaga terpaksa menanggung kos bahan mentah yang mahal seperti telur.

Peniaga akok Suhailiana Mohamad@Che Hamid,49, ketika ditemui, berkata hampir 1,200 biji akok terjual setiap hari.

“Saya menjual akok pada bulan puasa dan kita sediakan bahan dan membakar akok di tapak gerai ini. Boleh jual yang masih panas kepada pelanggan.

“Setiap hari kuih akok terjual sebanyak 1,200 biji,”katanya.

Menurut Suhailiana terdapat dua perisa akok yang dijual iaitu pandan dan gula melaka atau lebih dikenali ‘nisan’.

Katanya disebabkan kos barang mentah untuk membuat akok seperti santan, gula melaka dan telur mahal, dia menjual akok pada harga RM5 untuk 6 biji.

“Santan mahal, lepas itu kita guna telur gred A dan gula melaka (nisan) juga mahal.

“Berbanding tahun lepas, kami jual 7 biji RM5, tapi tahun ini 6 biji RM5,”katanya.

Katanya dia menggunakan dua dapur untuk membakar akok dan boleh memuatkan 56 biji akok sekali masak untuk satu dapur.

Suhailiana berkata gerainya dibuka pada jam 2 petang untuk proses penyediaan akok sebelum dijual kepada pelanggan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here