Home Hiburan SHILA AMZAH BERI BAYANGAN PENYANYI LEGENDA PADA KAPSYEN?

SHILA AMZAH BERI BAYANGAN PENYANYI LEGENDA PADA KAPSYEN?

549
0

KUALA LUMPUR: Tindakan penyanyi, Shila Amzah, 34, memuat naik video selepas konsert berakhir malam tadi seakan memberi bayangan melalui kapsyen siapakah penyanyi legenda yang didakwa menyerangnya kelmarin.

Menerusi hantaran video di Instagram (IG), Shila bukan sahaja menzahirkan penghargaan kepada penganjur sekali gus kepada rakan artis terbabit seperti Ratu Rock Ella, Datuk Awie dan Jacyln Victor.

“Alhamdulillah, terima kasih kepada penganjur, Mr D.I.Y kerana mengundang saya.”Saya juga sangat gembira dapat bertemu dengan ‘my beloved sister’ Jaclyn dan Ella. Sorry tak dapat sembang lama tadi,” tulisnya.

Memetik laporan Harian Metro, pada masa sama, penyanyi Patah Seribu itu turut mengakui berasa ralat kerana tidak dapat bergambar dengan Awie selepas konsert berkenaan.

Kapsyen Shila itu sekali gus menepis dakwaan vokalis kumpulan Wings itu adalah penyanyi legenda yang dimaksudkan seperti dipetik netizen.

“Tak sempat nak ambil gambar dengan abang Awie tadi. ‘See you again’ (semoga jumpa lagi), great show today (persembahan yang hebat malam ini).

“Selamat berehat dan fokus pada #RaiseTheStarMy, Ahad ini,” tulisnya.

Sementara itu, pengurus kepada Shila iaitu Aini Shuhaidah ketika dihubungi berkata, pihaknya tidak mahu mendedahkan identiti penyanyi legenda yang dimaksudkan buat masa sekarang.

“Kami minta maaf kerana tidak dapat mengulas perkara itu buat masa sekarang kerana isu ini sudah menjadi kes polis. “Jadi dari pihak Shila belum boleh bagi apa-apa kenyataan lagi.

“Setakat ini, pihak kita memang bekerjasama dengan pihak polis,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya harapan Shila pada kes itu, kata Aini Shuhaidah, pastinya mereka mengharapkan penyelesaian yang baik.

“Insya-Allah, memang kita mengharapkan penyelesaian yang baik untuk kes itu.

“Apa yang paling penting adalah kesihatan dan keselamatan Shila secara mental dan fizikal lebih terjaga,” katanya.

Terdahulu, satu laporan polis dibuat Shila atas dakwaan ‘diserang’ seorang penyanyi legenda ketika sama-sama terbabit dalam satu acara konsert.

Pada masa sama, netizen juga mula berteka-teki dan memetik beberapa nama artis legenda seperti Ella, Awie dan Amy Search. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here