Home Sukan SHEVON TAMPIL JELASKAN KONTROVERSI KAD MERAHSOON HUAT

SHEVON TAMPIL JELASKAN KONTROVERSI KAD MERAHSOON HUAT

45
0

KUALA LUMPUR: Pemain beregu campuran profesional negara, Shevon Lai tampilmenjelaskan situasi sebenar yang menyebabkan pasangannya, Goh Soon Huat dilayangkan kad merah ketika aksi menentang gandingan Perancis, Delphine Delrue-Thom Gicquel di suku akhir Terbuka Indonesia di Istora Senayan, semalam.

Menurut Shevon, ramai pihak bertanyakan mengenai insiden yang berlaku sepanjang perlawanan itu apabila Soon Huat bukan sahaja menerima kad kuning, malah turut dikenakan kad merah pada penghujung perlawanan.

Memetik laporan Harian Metro, Shevon berkata, kad kuning pertama diberikan ketika Soon Huat sedang mencari serbuk cengkaman selepas menghadapi masalah cengkaman raket yang licin.

“Pengadil memanggilnya supaya kembali ke gelanggang, namun sesiapa yang pernah bermain atau melatih di Istora pasti tahu suasananya sangat bising. Dia langsung tidak mendengar arahan itu sebelum dikenakan kad kuning sebaik kembali ke gelanggang,”katanya di media sosial miliknya.

Namun, ketika kedudukan 20-20, Soon Hoon hanya berpaling kepada dirinya untuk memberi kata-kata semangat untuk mendapatkan mata kemenangan namun ketika dia bersedia untuk menerima servis, pengadil terus memberikan kad merah, sekaligus memberi satu mata tambahan kepada lawan.

Justeru, Shevon menegaskan mereka tidak menentang usaha Persekutuan Badminton Dunia (BWF) memperkenalkan peraturan baharu berkaitan tempoh masa antara mata, namun berpendapat hukuman tegas tidak sepatutnya dilaksanakan jika peraturan itu masih dalam fasa percubaan.

Katanya, penguatkuasaan yang terlalu ketat ketika peraturan masih diuji seolah-olah memberi gambaran bahawa ia sudah dikuatkuasakan sepenuhnya.

Malah, dirinya turut mempersoalkan kuasa besar yang diberikan kepada pengadil tanpa mekanisme untuk pemain mencabar keputusan yang dibuat di gelanggang.

“Situasi itu menyebabkan pemain bukan sahaja perlu menumpukan perhatian terhadap lawan, malah terpaksa berdepan keputusan yang boleh dipersoalkan serta tekanan psikologi yang terhasil daripadanya.

“Kami menghormati pegawai dan sukan ini, tetapi pada masa sama percaya aspek keadilan, konsistensi dan akauntabiliti perlu diberi perhatian dalam pelaksanaan peraturan baharu,” katanya. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here