Home Hiburan SHARIFAH SAKINAH ELAK KONGSI HAL PERIBADI, ANAK DEMI JAGA PRIVASI

SHARIFAH SAKINAH ELAK KONGSI HAL PERIBADI, ANAK DEMI JAGA PRIVASI

115
0

KUALA LUMPUR: Pelakon Sharifah Sakinah kini lebih berhati-hati apabila berkongsi perihal kehidupan peribadi termasuk perkembangan anak perempuannya, Anais Adha Alif Adha, 9, di media sosial.

Memetik laporan Harian Metro, Sakinah atau pemilik nama Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar, 37, berkata tindakan mengehadkan pendedahan itu dilakukan demi memastikan privasi anaknya walaupun kadang kala dia masih memuat naik hantaran.

“Mungkin ada gambar yang saya ‘post’ seminggu sekali, tapi kadang kala memang tiada langsung. Saya sendiri pun tak terlalu dedahkan kehidupan peribadi saya secara melampau,” katanya kepada Harian Metro.

Bercerita lanjut mengenai minat Anais, adik kepada pengacara Sharifah Shahirah ini mengakui anaknya mewarisi bakat seni yang kuat, malah sering meluangkan masa mengasah bakat melukis bersama bapa tirinya.Disyorkan

“Anais memang minat bidang seni dan ikut ayah tirinya melukis, terutamanya jika kami pulang ke Bali.

“Darah seni itu sangat jelas dalam dirinya, tetapi sebagai ibu, saya tak akan biarkan dia ke arah yang tak benar. Saya akan pastikan hala tuju seninya sesuai dengan jiwanya kerana dia mempunyai pemikiran agak berat,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon drama Isteri Misteri ini turut melahirkan rasa kagum melihat kecekalan Anais menunaikan ibadah puasa pada tahun ini meskipun fizikal anaknya itu kelihatan agak keletihan.

Kongsi Sakinah, dia sama sekali tidak memaksa, malah pernah memujuk anaknya untuk berbuka puasa sekiranya tidak larat.

“Anais berpuasa sehingga mulut menjadi kering. Sebenarnya, saya ada beritahu yang dia tak perlu pun melakukannya secara berlebihan dan tiada paksaan untuk dia berpuasa penuh.

“Saya siap pujuk dia supaya berbuka sahaja, tetapi dia tetap nak teruskan juga,” katanya. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here