Home Buletin Semasa SEORANG TIDAK SEDAR DIRI, 4 SELAMAT TERHIDU GAS BERACUN

SEORANG TIDAK SEDAR DIRI, 4 SELAMAT TERHIDU GAS BERACUN

156
0

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, berkata sebaik menerima maklumat berkenaan kejadian, sepasukan anggota dan pegawai bomba termasuk pasukan unit bahan berbahaya (Hazmat) balai bomba dan penyelamat (BBP) Kota Kinabalu digerakkan ke lokasi kejadian.

Katanya, setiba di lokasi, pasukan Hazmat melakukan pemeriksaan di kawasan berkenaan namun tidak mengesan apa-apa bahan kimia.

“Terdapat lima mangsa dilaporkan terbabit dikeluarkan oleh pasukan hazmat. seorang daripada mangsa tidak sedarkan diri dan diserahkan kepada ambulans untuk dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan. – Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sabah

“Empat lagi selamat dan turut dihantar ke hospital menggunakan jentera unit bantuan perkhidmatan kecemasan (RMRS) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.”

Beliau berkata demikian dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati semua mangsa terhidu gas beracun berpunca daripada sebuah tong berisi ikan yang busuk.

Operasi ditamatkan pada jam 10.08 malam tadi.

Sumber: BERNAMA

– Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here