Home Buletin Semasa BATIK JANA PENDAPATAN TAHANAN DI PENJARA

BATIK JANA PENDAPATAN TAHANAN DI PENJARA

197
0

Menurut tenaga pengajar batik, Inspektor Penjara Mohd Shukri Mustapha, seramai 46 tahahan bekerja di bengkel batik.

Menurutnya semua tahanan yang bekerja di sini tidak mempunyai asas dalam mencanting atau mewarwa batik.

Katanya, di sini, tenaga pengajar memainkan peranan penting dalam mengajar tahanan daripada awal hingga proses akhir penghasilan batik.

“Selepas penerimaan kain kita akan ukur dulu ataupun kita akan terima perintah kerja iaitu pk untuk menghasilkan satu-satu produk melalui pejabat vokasional industri produk apa yang diorder pahtu baru kain pasang kita akan potong 4.2 meter ataupun 4.1 meter dan selepas pada kain putih di potong langkah sterusnya akan ke bahagian terap ataupun cop, ini bergantung kepada design yang dimohon oleh penempah lah seterunya selepas cop kita akan bawa kepada pewarnaaan, selepas pewarnaan kiat akan bahagian untuk pengeringan dulu”. – Mohd Shukri Mustapa, Tenaga Pengajar Batik

Menyentuh soal batik, emosi tahanan juga memainkan peranan dalam penghasilan batik.

Menurutnya, kini, batik bukan sahaja boleh didapati di kedai tersohor, malah masyarakat juga boleh menempahnya di PPA Machang.

Katanya, mereka menerima tempahan daripada jabatan kerajaan, sekolah, syarikat persendirian juga daripada anggota PPA Machang sendiri.

Di sini, para tahanan bekerja di industri batik dan diajar mencanting dan mewarna batik.

Sementara itu, seorang tahanan yang dikenali sebagai Mohamad, 39, yang berasal dari Kuantan berkata, dia minat bekerja di bengkel batik kerana minat dalam kesenian.

“Memang kosong, dah minat sampai sekarang ni. kawan-kawan ada cakap ada tempat kosong memang minat seni, dari sekolah buleh melukis, boleh laa” – Mohamad, Tahanan

Menurut Shukri, jenis-jenis kain yang digunakan dalam seni pembuatan batik di PPA Machang adalah Cotton Visscose, Satin dan Crepe.

Beliau berkata, harga batik di PPA Machang bermula dari RM80 hingga RM700.

Malah pelbagai kemahiran secara bersijil diterapkan di institusi penjara antaranya produk berasaskan mencanting batik dan membuat roti seperti yang disediakan di Pusat Pemulihan Akhlak, PPA Machang, di sini.

Pihak penjara juga memastikan setiap penghuni mempersiapkan diri mereka dengan kemahiran supaya jika dibebaskan kelak dapat menonjolkan bakat mereka di perusahaan yang berkaitan kemahiran yang dipelajari di sini.

– Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here