Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
MACHANG: Seorang lelaki maut manakala empat lagi cedera dalam kejadian kemalangan membabitkan empat buah kereta di Batu 31 Jalan Machang pada 8.38 pagi, hari ini.
Pegawai Bomba Kanan II, Ahmad Syauqi Afiq Che Darus memaklumkan, mangsa dipercayai tersepit dalam sebuah kenderaan Proton Wira sebelum dikeluarkan oleh Unit Kuasa Penyelamat.
“Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan mangsa telah meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis.
“Empat mangsa yang lain tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi mereka dihantar ke Hospital Machang kerana mengalami trauma pada ketika itu,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, antara kenderaan yang terbabit adalah Honda Civic FD, Perodua Myvi dan Toyota Innova.
Terdahulu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Machang menerima panggilan melalui Sistem Mers 999 dan terus bergegas ke tempat kejadian.
Katanya seramai enam anggota ditugaskan untuk bergerak ke lokasi terbabit.
IMedikel TV






