Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
MACHANG: Seorang maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di berhampiran Perumahan PPR Bukit Belah, di sini, malam tadi.
Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II KUP Mohd. Andera Md. Yusof pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui sistem MERS999 pada jam 11.32 malam, memaklumkan mengenai kejadian kemalangan jalan raya di lokasi berkenaan.
“Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Machang bersama tujuh anggota bergegas ke tempat kejadian dengan menaiki sebuah jentera FRT dan tiba pada jam 11.41 malam.
“Hasil siasatan awal di lokasi mendapati kemalangan membabitkan dua buah kenderaan, iaitu sebuah kereta jenis Toyota Vios dan Proton Exora,”menurut kenyataan itu.
Katanya kemalangan itu membabitkan lapan mangsa secara keseluruhan dengan seorang disahkan maut.
IMedikel TV






