Home Buletin Semasa SEBAR GAMBAR LUCAH BEKAS ISTERI, DUDA DIDENDA RM3,000

SEBAR GAMBAR LUCAH BEKAS ISTERI, DUDA DIDENDA RM3,000

263
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Seorang duda didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini selepas mengaku bersalah menyebar gambar lucah separuh bogel bekas isterinya melalui aplikasi Tiktok pada 5 Januari lalu.

Majistret Wan Mohd I’zzat Wan Abdullah menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Muhamad Azim Othman, 28, membuat pengakuan berkenaan sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Sebelum menjatuhkan hukuman denda, Wan Mohd I’zzat menegaskan bahawa perbuatan itu bercanggah dengan agama dan menasihatkan tertuduh agar mengawal emosi dan tidak bertindak mengikut amarah.

Mengikut pertuduhan, Muhamad Azim didakwa menyebarkan gambar lucah separuh bogel bekas isterinya yang juga berusia 28 tahun kepada seorang lelaki berusia 27 tahun melalui akaun TikTok dengan niat untuk mengaibkan mangsa.

Kesalahan itu dilakukan di Pengkalan Chepa pada jam 10.32 malam, 5 Januari lalu.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh terlebih dahulu menghantar mesej melalui WhatsApp untuk mendapatkan gambar mangsa sebelum menyebarkan tangkap layar gambar tersebut.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Haziqah Hassan manakala tertuduh diwakili peguam, Tengku Shazuan Tengku Shariffudin.

Tengku Shazuan berkata, tindakan tersebut dilakukan ketika tertuduh hilang kawalan emosi akibat terlalu marah.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM3,000 atau penjara enam bulan jika gagal membayar denda.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here