Home Hiburan MIMI LANA MENGAKU BERHUTANG, PILIH JALAN TERBAIK

MIMI LANA MENGAKU BERHUTANG, PILIH JALAN TERBAIK

240
0

KUALA LUMPUR: Sikap rendah diri, pelakon, Mimi Lana, 31, yang membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seorang jurusolek, baru-baru ini, mendapat pujian segelintir warga maya.

Susulan tindakannya itu, Mimi atau pemilik nama Mimi Rozaiana Zainal Abidin mengakui dia bukanlah manusia yang sempurna dan sering membuat kesilapan.

“Setiap hari saya belajar dan tumbuh. Saya percaya bahawa Allah Maha Besar dan keyakinan itulah yang membuatkan saya sentiasa berpijak di bumi yang nyata.

“Saya tidak berhasrat untuk membuktikan kebaikan diri atau menjadi mangsa dalam apa jua keadaan,” tulisnya.

Menerusi hantaran Threads, semalam, pelakon drama Perempuan Itu turut memilih untuk bertanggungjawab dalam sesuatu perkara walaupun ia sukar.

“Saya memilih untuk tetap berbuat baik, walaupun diri disalah erti atau disakiti. Saya membawa kasih sayang yang begitu mendalam di dalam diri saya, saya juga mahu menjalani kehidupan saya dengan tenang dan jauh daripada toksik,” tulisnya lagi.

Bagaimanapun, Mimi percaya sesebuah kebaikan sebenar ditunjukkan melalui perbuatan dan bukannya melalui kata-kata.

Terdahulu, seorang jurusolek membuat hantaran mengenai seorang artis wanita yang tidak membayar perkhidmatan yang ditawarkan sebanyak RM250 walaupun sudah berkali-kali membuat peringatan kepada artis terbabit.

Melalui hantaran itu, Mimi mengakui kesalahannya dan meminta maaf secara terbuka serta secara peribadi kepada jurusolek itu kerana terlepas pandang mengenai perkara terbabit.

Susulan perkara itu, Mimi turut meminta untuk jurusolek itu menghubungi pembantu peribadinya untuk menyelesaikan bayaran itu.

Dalam hantaran lain, Mimi meminta orang ramai untuk bertenang dan tidak mengeruhkan lagi keadaan memandangkan dia dan jurusolek itu sudah menyelesaikan perkara itu dengan cara yang baik. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here