Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
KOTA BHARU: Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) sedang mengesan waris kepada seorang lelaki warga emas berusia lingkungan 61 tahun yang dilaporkan meninggal dunia pada Ahad lalu.
Dalam satu kenyataan HRPZ II memaklumkan lelaki tersebut dikenali sebagai Tey Chong Leh, seorang warganegara Malaysia dan berketurunan cina.
Menurut kenyataan itu, alamat terakhir lelaki berkenaan adalah di No A-36, Jalan Wan Ahmad, 17500 Tanah Merah, Kelantan.
Sehubungan dengan itu, pihak HRPZ II memohon waris lelaki berkenaan atau orang ramai yang mengenali waris lelaki itu supaya tampil memberikan maklumat dengan hadir ke Jabatan Perubatan Forensik, HRPZ II atau menghubungi talian 09-7452436.
IMedikel TV






